'Kami tak mahu Umno dan PH menang, macam mana istilah kerjasama_'

  • 2 years ago
Kemungkinan untuk Bersatu bergabung dengan PH bagi menentang Umno tidak akan berlaku kerana Bersatu juga mahu PH kalah dalam PRN Johor, kata presidennya Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya beliau menyerahkan kepada rakyat Johor untuk memilih kerajaan negeri yang terbaik walaupun Bersatu dan PN bakal berdepan pertandingan beberapa penjuru.

Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan pemberita mengenai cadangan agar Bersatu bekerjasama dengan PH untuk mengalahkan Umno di Johor.