#TangkapAzamBaki: Jalan Bangsar disekat, stesen LRT masih beroperasi

  • 2 years ago
Sebahagian besar lalu lintas Kuala Lumpur pagi ini dialihkan apabila pihak polis cuba menghalang demonstrasi yang menuntut tindakan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.

Penganjur protes merancang untuk berkumpul di stesen LRT Bangsar pada pukul 11 pagi ini.

Tinjauan KiniTV mendapati sekatan jalan telah dilakukan bagi mengalihkan trafik daripada melalui Jalan Bangsar namun stesen LRT Bangsar setakat ini masih beroperasi.