Tak nampak askar? ATM balas soalan Harith dengan puluhan gambar
  • 2 years ago
Kenyataan pelawak terkenal Harith Iskander yang mempersoalkan keberadaan pasukan Angkatan Tentera Malaysia dalam misi bantuan mangsa banjir mendapat reaksi pasukan itu.

Ini selepas Harith menulis di media sosial, dia tidak melihat sebarang anggota pasukan itu ketika membantu mangsa banjir di Shah Alam, Banting dan Hulu Langat.