Upiak Isil menangis terharu, tak sangka peminat masih sokong biarpun lupa lirik
  • 2 tahun lalu
PESERTA Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) Upiak Isil terbuka menerima kecaman netizen apabila terlupa lirik ketika menyampaikan lagu Pengemis Muda nyanyian asal Datuk Shiela Majid.

Ujar Upiak, dia sudah mula biasa dengan individu yang gemar menilai seseorang berdasarkan luaran tanpa mengenal dirinya dengan lebih dalam.

“Kita reda, orang kecam kita itu sudah biasa bagi saya, orang menilai buruk dengan kita... itu sudah biasa, yang pasti Allah sayang dengan kita.

“Kepada peminat yang masih setia, yang masih memaafkan kesilapan saya semasa bertanding... terima kasih, apa pun hasilnya itu adalah rencana daripada Allah,” katanya kepada mStar.

Pada persembahan minggu kelima, Upiak akui terlupa lirik ketika membuat persembahan dan mendapat 57 markah namun terselamat daripada penyingkiran.
Disyorkan