Tangguh pindaan Akta 342 keputusan dua belah pihak - Anwar
  • 2 years ago
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menjelaskan keputusan menangguhkan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) hari ini merupakan keputusan kedua-dua belah pihak.

Anwar berkata hasil rundingan antara kerajaan dan pembangkang hari ini, cadangan pindaan itu akan dibentangkan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) pada Isnin.

Katanya, pembangkang juga akan mempertimbangkan untuk menyokong pindaan tersebut sekiranya beberapa peruntukan penting dipenuhi.