'Tiada keperluan naik had usia minimum kahwin bagi perempuan'

  • 2 years ago
Tiada keperluan untuk meminda had umur minimum perkahwinan bagi perempuan beragama Islam daripada 16 kepada 18 tahun setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad.

Idris berkata berdasarkan maklum balas yang diterima, kebanyakan negeri bersetuju untuk mengekalkan had umur perkahwinan yang sedia ada.