Tak adil tuduh pegawai kastam terbabit rasuah, seludup rokok - Timb Menteri

  • 2 years ago
Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd. Shahar Abdullah berkata, penguatkuasa Jabatan Kastam akan dilengkapi dengan peralatan kamera badan bagi meningkatkan integriti dan mengelakkan mereka terlibat dalam aktiviti penyeludupan.

Terdahulu Nga Kor Ming (PH - Teluk Intan) memetik laporan yang menyatakan Malaysia sebagai 'syurga' rokok seludup, dan sekiranya perkara ini berlaku akibat kegiatan rasuah di kalangan pasukan beruniform itu atau kadar cukai yang terlalu tinggi.