'Satu kedai kopi nak bayar berapa lesen?' - Nga persoal syarat baru Kastam

  • 2 years ago
Nga Kor Ming (PH - Teluk Intan) hari ini mempersoalkan syarat tambahan Jabatan Kastam kepada semua kedai kopi dan restoran yang ingin menjual minuman keras untuk mendapatkan lesen bermula tahun depan.

Beliau berkata premis-premis terbabit perlu membayar beberapa lesen lain dan kos itu akhirnya akan ditanggung oleh pengguna.

Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah kemudian menjelaskan kenaikan cukai minuman keras bukan sahaja berlaku di Malaysia, namun juga di negara-negara luar.