Ismail Sabri tinjau harga barang keperluan di Putrajaya

  • 2 years ago
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang hari ini turun padang meninjau harga barang di sini, mengakui terdapat peningkatan harga barangan keperluan harian ketika ini.

Namun, katanya kenaikan yang berlaku bukan berpunca daripada peniaga.

Bercakap kepada pemberita selepas tinjauan, beliau berkata situasi tersebut berlaku disebabkan kos yang ditanggung di pelbagai peringkat rantaian bekalan sebelum sampai kepada peniaga.

Sumber video: https://fb.watch/9CMklvKYoA/