Menteri gesa MP Sabah, Sarawak tak hasut sentimen terhadap Putrajaya
  • 2 years ago
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Maximus Ongkili menggesa ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak supaya tidak menghasut sentimen terhadap Putrajaya.

Ini selepas Azis Jamman (Warisan-Sepanggar) dan Jeffrey Kitingan (PN-Keningau) minggu lalu mempersoalkan peruntukan yang bersifat diskriminasi dan tidak adil terhadap Sabah dan Sarawak dalam Bajet 2022.