11 bulan lalu

Roslan Shah tak sudi terima sedekah RM1,000 daripada Iqbal, marah tengok aksi pijak duit

mStar Malaysia
mStar Malaysia
KECEWA dengan sikap Ahmad Iqbal Zukefli dengan aksi memijak duit, penghibur Roslan Shah ingin memulangkan wang berjumlah RM1,000 yang disedekahkan usahawan itu kepadanya.

Ujar Roslan, ia sebagai tanda tidak setuju dengan tindakan Iqbal yang seakan-akan tidak menghormati rezeki Allah dan menjadi contoh tidak baik kepada generasi muda.

“Saya tengok TikTok dan ternampak duit dipijak-pijak, ditendang-tendang... saya jadi marah seketika. Walaupun duit itu palsu tapi ada gambar Agong.

“Saya risau benda-benda ini diikuti oleh golongan remaja sebab duit itu rezeki bukan untuk dipijak-pijak,” ujarnya kepada mStar.

Semak imbas lebih banyak video

Semak imbas lebih banyak video