Cantiknya lukisan anak Sharifah Shahirah ni... tapi tak sangka ada pula yang busuk hati!
  • 2 tahun lalu
Bangga dengan bakat melukis yang dimiliki anaknya, penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah tampil berkongsi hasil seni remaja itu melalui Instagram.

Akui terkejut, Sharifah Shahirah yang mesra disapa Shiera berkata sebelum ini anak perempuannya yang bernama Airra Zulkifli, 14, tidak pernah menunjukkan minat dalam seni lukis.

Namun tanpa disangka, remaja berkenaan mampu menghasilkan kerja seni dengan baik walaupun tidak pernah mengikuti kelas lukisan dan sebagainya.

“Kalau nak kata melukis dari kecil... tak nampak, baru-baru ini je saya nampak dia melukis. Tapi perangai dia bukan macam orang biasa.

“Dia bukan macam anak-anak lain yang ceria, dia sangat senyap, pendiam dan suka tengok je,” katanya kepada mStar.
Disyorkan