'Anwar cemburu sangat kenapa? Saya nak belajar cari duit ratusan juta' - Mat Sabu
  • 3 years ago
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun sengaja menggunakan alasan teknikal bagi mengelakkan isu Pandora Papers dibahas di Parlimen.

Menganggap perkara itu aneh, Ahli Parlimen Port Dickson berkata, sudah tiga kali beliau membangkitkan soal berkenaan mengikut Peraturan-Peraturan Mesyuarat, tetapi seolah-olah tiada keperluan untuk Speaker menyegerakan perbahasan isu tersebut.

Dalam pada itu, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) berkata, Anwar tidak seharusnya mempersoalkan perkara itu, kerana beliau sendiri merasa cemburu dan ingin mengetahui cara ahli-ahli politik mengumpul wang ratusan juta.
Recommended