Syor pemakaian batik pada hari Khamis di Dewan Rakyat diluluskan
  • 3 years ago
Dewan Rakyat hari ini meluluskan tiga syor atas semangat dwipartisan menerusi Jawatankuasa Dewan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Parlimen Ke-14.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, antara syor yang diluluskan itu termasuk pemakaian baju batik Malaysia berlengan panjang oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam Dewan Rakyat ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat pada setiap hari Khamis.