'Komen perkauman ke atas Kisona tak boleh diterima' - Menteri
  • 3 years ago
Komen berbaur perkauman yang dilemparkan terhadap pemain badminton perseorangan wanita negara S Kisona baru-baru ini tidak boleh diterima dalam budaya Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Sadique.

Beliau berkata ini memandangkan sukan telah lama jadi menjadi tapak integrasi perpaduan yang menyatukan rakyat Malaysia selama ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang meminta pandangan menteri berhubung isu itu, memandangkan atlet berkenaan merupakan penduduk di kawasan Rasah yang menurut Cha telah berkorban banyak demi mengharumkan nama negara dan wajar dihargai.
Recommended