'Alasan isu keselamatan' - NGO serah memo HSKLU di SUK dikawal ketat polis
  • 3 years ago
Perwakilan dari Gabungan Pertahankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (PHSKLU) dilarang memasuki pejabat kerajaan negeri Selangor hari ini setelah polis membuat sekatan jalan raya di sepanjang jalan utama yang menuju ke lokasi.

Petugas media dan perwakilan dari gabungan itu dihalang oleh polis yang menutup persimpangan di Persiaran Sultan, dengan alasan keselamatan.

Polis akhirnya membenarkan lima wakil dari gabungan PHSKLU untuk masuk dan menyerahkan memorandum mereka.

Memorandum itu adalah untuk menuntut kerajaan negeri Selangor untuk segera membatalkan penyahwartaan separuh dari Hutan Simpan Utara Kuala Langat (HSKLU).