Rupa-rupanya budak TikTok start tuduh Amir Hasan songlap duit Andi Bernadee
  • 3 tahun lalu
Amir Hasan kecewa dengan sikap individu yang menyebarkan fitnah terhadapnya tanpa usul periksa.

Menurut Amir atau nama sebenar Amir Abu Hasan, 25, fitnah yang mendakwa dia mengambil duit hasil kerja Andi Bernadee bernilai RM70,000 membuat ibunya menangis.

“Saya terima pelbagai kecaman, ada ayat yang begitu kasar dan cuma mampu pejamkan mata. Paling sedih sangat mak saya menangis sampai hari ini sebab benda ini.

“Orang ingat saya yang songlap padahal tidak, saya rasa geram sebab orang buat mak saya menangis.

Dalam pada itu, Amir tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan fitnah berkenaan.

“Bukan saya buat, saya dah cakap, Andi pun dah beritahu kat semua... jadi saya harap benda ini habis. Kalau benda ini tak habis dan masih orang fitnah saya, memang saya ambil tindakan undang-undang.” katanya.
Disyorkan