Aiman Tino syukur 10 ahli keluarga dah sembuh Covid-19, tutup kedai makan elak dijangkiti
  • 3 tahun lalu
Bimbang keselamatan pekerja selepas 10 ahli keluarga dijangkiti wabak Covid-19, Aiman Tino membuat keputusan menutup kedai makannya buat sementara.

Ujar Aiman, dia mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak diri dan pekerjanya daripada dijangkiti virus maut ini.

“Saya tutup kedai masa ahli keluarga kena Covid-19, saya ambil langkah berjaga-jaga sebab saya paranoid masa tu.

“Saya fikir balik daripada saya kena benda tu, takut staff saya pun kena lebih baik tutup dulu kedai,” katanya kepada mStar.
Disyorkan