Tawaran 'durian RM30': 'Saya tak laku, tiada siapa mari tanya' - Mat Sabu

  • 3 years ago
Presiden Amanah Mohamad Sabu secara sinis berkata beliau tidak menerima tawaran 'Durian RM30' kerana tahu dirinya tidak laku.

Kata Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu, ahli-ahli parlimen Amanah yang lain ada mendapat tawaran tersebut namun tidak menerimanya.

Terdahulu, beberapa ahli parlimen pembangkang mengesahkan mereka menerima mesej dari nombor telefon tidak dikenali yang menawarkan 'Durian RM30' kepada ahli Parlimen pembangkang untuk mengisi jawatan kosong menteri.

Sumber video:
https://www.facebook.com/amanahnegara/videos/548576249521233

Recommended