Jadual Baharu Liga Super 2021 - Kedah Darul Aman FC
  • 3 tahun lalu
MFL UMUM TARIKH PINDAAN JADUAL LIGA MALAYSIA 2021

Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan pindaan jadual Liga Super dan Liga Premier bagi musim 2021.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, keputusan itu terpaksa diambil selepas merujuk kes membabitkan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA) dan Kuching City FC (KCFC) yang perlu menjalani proses kuarantin selama 14 hari apabila pemain dan pegawai mereka telah disahkan positif COVID-19.

Beliau berkata, pindaan jadual perlu dilakukan bagi memberi keseimbangan serta menjaga integriti saingan Liga Malaysia selepas lima perlawanan Liga Super melibatkan KDA dan tujuh perlawanan Liga Premier membabitkan KCFC terpaksa ditunda susulan kes COVID-19.

“Pindaan jadual perlawanan Liga Super dan Liga Premier adalah bertujuan memberi keseimbangan kerana jika pindaan tidak dilakukan, keputusan kedudukan liga hanya akan diketahui selepas perlawanan tertunda KDA dan KCFC berakhir jadi pada MFL ini adalah situasi yang tidak baik kepada persaingan liga.

“Menerusi pindaan terbaharu ini, perlawanan-perlawanan tertunda yang melibatkan pasukan KDA dan KCFC akan dijalankan di antara hari-hari perlawanan Liga Super dan Liga Premier yang telah ditetapkan."

Baca lanjut ➡ http://www.malaysianfootballleague.com/.../pindaan.../
Muat turun jadual terkini:
Liga Super - https://bit.ly/LS090821
Liga Premier - https://bit.ly/LP090821
Disyorkan