Dato Azizulhasni Awang & Dato Reezal Merican Naina Merican

  • 3 tahun lalu
Detik keperitan yang diluahkan Dato Azizulhasni Awang selepas perlumbaan tadi.
Saya tidak boleh bayangkan perasaan Jijoe sewaktu di atas track dan begitu juga dengan perasaan kecewa terlepas peluang untuk meraih pingat emas.
But I can say with all of my confidence that not one soul in Malaysia blames you. In fact, we are overwhelmed with joy for you victory and especially your safety!
Seluruh Malaysia dapat melihat kesungguhan Jijoe mengejar ke garisan penamat dan tidak putus asa untuk mendapatkan pingat perak buat negara. Itu adalah satu aksi yang amat berharga.
Jijoe telah memberikan inspirasi buat semua ahli sukan Malaysia dan begitu juga dengan rakyat Malaysia secara keseluruhan. Resilience, mental strength and the undying fire to win; you are the living embodiment of power.
Tangisan Jijoe hari ini akan menjadi pembakar semangat ahli sukan untuk terus bangkit demi nama negara. Saya harap Jijoe tidak akan putus asa dan mengingati pengalaman di Tokyo ini sebagai satu ‘milestone’ besar yang boleh Jijoe semat di hati sentiasa.
Thank you, our hero. Rest well and we’ll see you again in Malaysia soon.
#DemiMalaysia #PocketRocketman

kredit : fb Dato Reezal Merican Naina Merican

Disyorkan