Search
Library
Log in
Watch fullscreen
2 months ago

'Saya cabar Anwar dedah apa tawaran Zahid, Najib' - Wan Saiful

KiniTV
KiniTV
Presiden PKR, Anwar Ibrahim dicabar mendedahkan tawaran kepada Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak sehingga kedua-dua pemimpin itu sanggup mensabotaj perpaduan parti-parti Melayu untuk digantikan dengan jajaran baharu.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan berkata demikian dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Jelasnya, hal ini ekoran pendedahan terbaharu Ahli Parlimen Padang Rengas, Mohamed Nazri Aziz yang mendakwa Ahmad Zahid mempunyai dendam peribadi terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.