[LIVE] Kenapa Ku Li bersuara terhadap kerajaan dan UMNO
  • 3 tahun lalu

Tengku Razaleigh Hamzah merupakan Ahli Parlimen Gua Musang dan ahli parlimen paling lama berkhidmat ketika ini.

Mesra dengan panggilan Ku Li, tokoh veteran itu pernah dua kali menyandang jawatan menteri, iaitu menteri kewangan pada 1976-1984 dan menteri perdagangan dan industri (1984-1987) ketika era pemerintahan Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Akhir ini, beliau lantang bersuara, mengeluarkan pandangan berkenaan isu politik dan menyatakan kebimbangan berkenaan kesan pasca Covid-19.

Ikuti temubual eksklusif bersama beliau yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO oleh Tan Sri Johan Jaaffar dalam program BERSAMA KU LI secara langsung sekarang di semua platform digital Sinar Harian.

#SinarHarian #SinarUntukMalaysia #RasuahBusters #NilaiMoralKarakterBangsa