Kenduri durian: Rashid kata video lama, netizen dakwa baru
  • 3 years ago
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon menafikan dakwaan dia melanggar SOP perintah kawalan pergerakan kerana menghadiri ‘kenduri durian’ baru-baru ini.

Sebaliknya, Mohd Rashid berkata rakaman tersebut adalah video lamanya sebelum PKP, iaitu pada tahun lepas.

Bagaimanapun beberapa warga maya mendakwa, video tersebut merupakan kejadian baru, berdasarkan gambar-gambar Rashid di sebuah majlis di Batu Pahat pada Ahad lalu.