'Kempen bendera putih bukti kegagalan total kerajaan' - Shazni
  • 3 years ago
Kempen bendera putih yang digerakkan oleh orang ramai ketika ini merupakan bukti kegagalan kerajaan Perikatan Nasional dalam menjaga kebajikan rakyat semasa perintah kawalan pergerakan.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Shazni Munir Mohd Ithnin dalam sidang media atas talian yang disiarkan di Facebook hari ini.

Kata Shazni, Pemuda PH menyokong penuh kempen itu bagi membantu individu atau keluarga yang terkesan supaya mereka dapat terus bertahan sehingga negara keluar daripada wabak Covid-19.

Sumber video: https://www.facebook.com/ybkhalidsamad/videos/815580142728955
Recommended