‘Hairan Hishammuddin kritik pengurusan Covid-19’ - Shamsul

  • 3 years ago
Kritikan Menteri Luar Negeri, Hishammuddin Hussein atas kelemahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menangani pandemik Covid menimbulkan tanda tanya parti lawan.

Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berasa hairan kerana sebelum ini Hishammuddin tidak pernah mengulas isu-isu yang tidak berkait dengan portfolio beliau sebagai menteri luar.

Hishammuddin semalam menggesa kerajaan belajar daripada kesilapan lalu dalam usaha melawan wabak Covid-19.