Tak sangka Daiyan Trisha pernah potong pagar sekolah... panjat pagar pun selalu!
  • 3 tahun lalu
KETIKA calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 meraikan keputusan masing-masing sejak Khamis lalu, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha pula mengimbau kenangan zaman persekolahannya.

Ujar Daiyan atau nama sebenarnya, Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 28, dia merupakan seorang pelajar yang agak nakal di sekolah.

Namun kata Daiyan pada masa sama dia tetap memberi tumpuan pada pelajaran.

“Saya nakal juga waktu zaman sekolah tetapi masih pentingkan pelajaran. Saya juga pernah sorok telefon apabila ada spot check.

“Bukan tu je, saya pernah potong dan panjat pagar belakang sekolah untuk masuk ke kelas... bukan nak ponteng.

“Masa tu saya dengan geng semua dah terlambat nak ke kelas, ” katanya kepada mStar.
Disyorkan