PdPR selama 25 hari bermula 13, 14 Jun hingga cuti pertengahan penggal

  • 3 years ago
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan selama 25 hari persekolahan bermula 13 dan 14 Jun mengikut kumpulan negeri masing-masing.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin, pada sidang media khas di Putrajaya hari ini.

Justeru, katanya, murid akan belajar di rumah dalam tempoh itu sehingga Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) mengikut keadaan semasa.