Kerajaan kaji sidang parlimen secara hibrid - Takiyuddin
  • 3 years ago
Kerajaan bersetuju mengkaji konsep dan mekanisma bagi melaksanakan sidang parlimen secara hibrid yang melibatkan persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan.

Keputusan itu dibuat selepas lima bulan parlimen digantung akibat perisytiharan darurat.
Recommended