'Dedahkan kriteria untuk penamatan darurat' - Adun Subang
  • 3 years ago
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 harus lebih telus dalam menjalankan peranannya, walaupun tidak diwajibkan kerana mempunyai banyak kuasa di bawah Ordinan Darurat, kata Ahli Parlimen Subang Wong Chen.

Sebelum ini, jawatankuasa itu mengumumkan bahawa ia bersetuju secara konsensus dengan penetapan beberapa kriteria dan nilai ambang (threshold) dalam membuat penilaian berkenaan sama ada proklamasi darurat akan diteruskan atau tidak.

Mengulas lanjut, Wong berkata tidak sukar untuk meneka kriteria itu, termasuk kadar jangkitan yang harus diturunkan atau kadar vaksinasi harus mencapai peratusan tertentu, sebelum darurat ditamatkan.

Tidak hanya itu, Wong berkata kerajaan juga nampaknya hanya menggunakan darurat untuk tujuan politik, seperti menggantung sidang parlimen.


Sumber video: https://fb.watch/5RmZDgMKEq/
Recommended