'Kita bawa vaksin kepada rakyat' - Annuar anjur program khas untuk gelandangan
  • 3 years ago
Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa berkata satu program khas diadakan untuk golongan gelandangan atau sesiapa yang tidak menggunakan telefon bimbit bagi mendapatkan suntikan vaksin.

Annuar mengumumkan untuk melaksanakan Trak Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah melalui tujuh inisiatif Wilayah Cakna 5.0 dengan tumpuan di kawasan perumahan awam, projek perumahan rakyat (PPR), kampung tradisional, seawal Jun ini.

Katanya ini adalah inisiatif bagi membantu rakyat mendapatkan vaksin secepat mungkin.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas meninjau program vaksinasi untuk gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Anjung Kelana, Taman Desa, Kuala Lumpur semalam.


Sumber video: https://fb.watch/5Me-HosY0f/