Majikan Selangor kini boleh beli vaksin di aplikasi Selangkah
  • 3 years ago
Majikan-majikan di Selangor kini boleh membeli vaksin Covid-19 untuk pekerja mereka, sebagai salah satu inisiatif kerajaan negeri bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di negeri tersebut.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Keluarga Kerajaan Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud, syarikat-syarikat berkenaan boleh berdaftar untuk mendapatkan vaksin tersebut melalui aplikasi Selangkah.