Umat __Islam sambut Aidilfitri dibayangi krisis Israel-Palestin, Covid-19
  • 3 years ago
Di sebalik ketegangan dan serangan bertali arus Israel ke Semenanjung Gaza, ribuan rakyat Palestin tetap menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri di kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Serangan udara Israel yang berterusan ke atas Semenanjung Gaza setakat ini telah membunuh 83 orang warga Palestin, termasuk 17 kanak-kanak dan lapan wanita, lapor Kementerian Kesihatan Palestin pada Khamis.