Hijabista's April 2014 Issue: BTS Covershoot Safi Shayla

  • 3 years ago
Hijabista's April 2014 Issue: BTS Covershoot: Safi Shayla

RAIKAN DUA TAHUN HIJABISTA!

Syukur, genap dua tahun sudah HIJABISTA meragi ensiklopedia fesyen buat hijabi sepertimu. Alhamdulillah, kerelevanan HIJABISTA masih diakui sebagai rujukan fesyen lengkap buat hijabi di luar sana dan usah pernah dipersoalkan lagi. Sekalung apresiasi HIJABISTA tujukan khas buat anda, pembaca setia. In sha Allah, akan HIJABISTA lipat gandakan ikhtiar untuk kekal mencetuskan trend mutakhir dan juga mentranslasikan konseptual fesyen negara luar agar diterima pakai dengan budaya ketimuran masyarakat kita. Ayuh, kita sekali gus mempelopori dalam niat untuk memperkasakan fesyen ilhami hijabi; lantas menyahkan stereotaip bangsa asing bahawa berhijab itu keterbelakangan.

Oh ya, menyentuh tentang trend yang dibawakan khusus buat anda, bersempena dua tahun di pasaran, HIJABISTA dengan bangganya hanya memaparkan stail yang praktikal buat anda ambil tahu. Atas permintaan ramai, untuk lari dari yang tipikal, iaitu hanya menampilkan selebriti lokal sebagai gadis sampul, kini HIJABISTA mengetengahkan pula empat personaliti yang sukses dalam profesion mereka masing-masing untuk kita teladani dan banyak lagi gaya yang diolah untuk disesuaikan dengan adat ketimuran kita. Moga apa yang dipertontonkan menepati jiwa fesyen eksperimental anda itu.

Ketemu lagi di lembaran yang lain dan doakan agar HIJABISTA terus menyemarakkan dunia fesyenmu...hb