Armada Kelantan iringi peniaga burger mohon kompaun RM50k dikurangkan
  • 3 years ago
Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Kelantan, Muhammad Amiin Ridhuwan Ab Aziz mengiringi seorang peniaga burger Wan Mohd Faisal Wan Kadir ke Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu untuk menghantar surat permohonan pengurangan kompaun, hari ini.

Semalam, Malaysiakini melaporkan Wan Mohd Faisal dikenakan kompaun dengan nilai RM50,000 atas alasan berniaga melebihi masa dihadkan dalam tempoh PKP.

Untuk rekod, operasi premis kedai makan atau restoran di Kelantan dihadkan sehingga jam 10 malam sahaja di sepanjang tempoh PKP.

Dalam kejadian 11.10 malam tadi, dia didatangi beberapa anggota polis ketika sedang menyiapkan pesanan pelanggan di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu.

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/?v=512349989936739