Pelajar dedah jenaka rogol guru diancam rogol oleh rakan sekolah
  • 3 years ago
Pelajar berusia 17 tahun yang mendedahkan mengenai jenaka rogol yang didakwa dibuat oleh seorang guru lelaki di sekolahnya pada Jumaat lalu, mendakwa menerima ancaman rogol daripada rakan sekelasnya.

Terdahulu, Ain Husniza Saiful Nizam mendakwa seorang guru lelaki membuat jenaka rogol semasa kelas pendidikan jasmani dan kesihatan ketika membincangkan topik gangguan seksual pada hari Jumaat.