Peminat drama ‘Baby Tak Gila’ mesti tahu lagu Ala Shayang nyanyian Fian Ali... versi akustik memang lain macam!
  • 3 tahun lalu
MENGAKUI bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang memiliki syarikat produksi, Fian Ali mengambil peluang tampil dengan lagu berjudul Ala Shayang.

Ujar Fian, ibunya Datuk Ayu Puteh pemilik syarikat Pencil Pictures & Records Sdn Bhd adalah tunjang utama yang menyokong penglibatannya dalam industri nyanyian.

Bercerita mengenai lagu Ala Shayang, ia dicipta oleh komposer muda iaitu Sheikh Baseer dan lagu ini diangkat menjadi OST untuk drama Baby Tak Gila siaran Unifi TV.
Disyorkan