Johor harap pertemuan PM-Hsien Loong bawa berita positif

  • 3 years ago
Johor mengharapkan ‘berita positif’ menerusi pertemuan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong, yang dijangka akan membincangkan mengenai pembukaan semula sempadan yang dijadualkan pada awal bulan hadapan.

Menteri Besar Johor Hasni Mohammad berkata, hal ini kerana pembukaan sempadan merupakan agenda berterusan kerajaan negeri, dan pihaknya akan memastikan mereka yang terlibat dalam rentas sempadan itu seperti pekerja, menerima vaksin Covid-19.

Sumber video: https://www.facebook.com/PolisJohor/videos/923345191831712