2 tahun lalu

Sedar diri jahil, Ifa Raziah bertudung bulan Ramadan sebab nak kumpul pahala

mStar Malaysia
mStar Malaysia
Tahun ketiga bertudung pada bulan Ramadan, penyanyi dangdut Ifa Raziah memberitahu dia sememangnya mengambil kesempatan untuk merebut pahala pada bulan mulia ini.

Biarpun niatnya itu dipersoalkan segelintir pihak, namun Ifa berkata, apa juga ibadah yang dilakukan adalah urusan dia dengan Allah.

“Kalau kita sedar diri kita jahil, jadi bulan ini untuk kita ambil kesempatan untuk mengumpul banyak pahala.

“Mungkin bulan sebelum ini, bulan lain very the jahil, very the buka-buka, jadi bulan ini memang untuk saya menutup aurat.

“Orang selalu cakap, dah elok berjubah, berhijab... tiba-tiba dah habis raya habis syawal buka balik, benda ini tak boleh janji dengan manusia, ini antara saya dengan Allah” katanya kepada mStar.

Semak imbas lebih banyak video

Semak imbas lebih banyak video