Belum sedia bercinta, Iman Troye nak kahwin usia 30 tahun
  • 3 tahun lalu
Bergelar seorang penyanyi tidak membantutkan penyanyi Iman Troye untuk menyambung pengajiannya ke peringkat Universiti.

Ujar Iman yang kini bergelar pelajar jurusan muzik di UiTM, Shah Alam, dia teringin untuk hadir belajar di kampus seperti yang dilalui pelajar lain namun akur dengan situasi pendemik Covid-19 yang memerlukannya untuk belajar secara atas talian.

“Belajar online bosan tau! Feel dia tak ada, kadang-kadang bangun pagi tu macam... ala kelas lagi 5 minit, boleh tidur kejar.

“Tapi walau bagaimanapun tetap kena datang kelas, jangan miss... jangan nanti kalau final baru cari semua,” katanya kepada mStar.
Disyorkan