'Tak ada keji Presiden' - Tun Faisal rayu tarik balik penggantungan, kemuka pembelaan

  • 3 years ago
Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz mengemukakan sendiri surat rayuan terhadap penggantungan keahliannya selama enam tahun kepada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi hari ini di PWTC.

Ketika bercakap kepada media selepas menghantar surat itu, katanya beliau menghantar hujahan pembelaannya kenapa beliau tidak wajar dikenakan penggantungan selama enam tahun.