Remaja Rohingya jadi buruh paksa di Rawang
  • 3 tahun lalu
Remaja Rohingya jadi buruh paksa di Rawang

BERITA SEMASA 10 MAC 2021

Lima remaja Rohingya berusia 15 hingga 17 tahun diselamatkan daripada terus menjadi buruh paksa bawah umur di sebuah kilang elektronik di Rawang, Selangor. Kesemua mereka diselamatkan Bahagian Pencegahan Antipemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran (D3) Bukit Aman, Pasukan Petugas Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) dan Jabatan Tenaga Kerja, lapor wartawan Sinar Harian, Izwan Rozlin.


#SinarHarian #SinarUntukMalaysia #BeritaSemasa