Lia Natalia kongsi tip move on dengan lelaki, mesti ramai wanita boleh relate situasi putus cinta...
  • 3 tahun lalu
PELAKON Lia Natalia memberitahu tujuan dia berkongsi video pre-wedding walaupun perkahwinannya sudahpun dibatalkan adalah kerana mahu memberi semangat kepada wanita yang senasib dengannya.

Ujar Lia, perkahwinan yang terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir bukanlah pengakhiran sebuah kehidupan namun adalah permulaan untuk dia menjadi lebih matang.

“Video pre-wedding tu dah shoot bulan September tahun lalu, saya siarkan juga untuk beri semangat kepada wanita-wanita lain.

“Ini kerana ramai yang mesej dan tanya bagaimana saya kuat, bagaimana boleh happy go lucky, bagaimana boleh nampak macam tak ada masalah,” katanya.

Tambahnya, dia turut berasa sebak ketika sesi rakaman suara latar kerana menyedari tiada wanita yang ingin perkara ini terjadi.

“Tiada wanita nak benda ini terjadi, benda dah rancang tapi tak jadi.

“Saya beranikan diri untuk keluarkan video itu, saya nak semua wanita kuat, jangan cepat putus asa dan teruskan kehidupan,” katanya.
Disyorkan