Zarina Anjoulie jalani tempoh edah, lega proses cerai dengan Yas dah selesai...

  • 3 tahun lalu
Zarina Anjoulie meluahkan rasa syukur apabila urusan penceraiannya dengan Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas dipermudahkan dan berakhir dengan baik pada Rabu.

Menerusi laman Instagram, Zarina atau nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, 34, berkongsi video dia hadir ke Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan bagi menyelesaikan urusan tersebut.

"Assalamualaikum guys, Anju hari ini di Mahkamah Sendayan... Alhamdulillah dah selesai semua kes cerai, semuanya berjalan lancar, semua orang sangat membantu.

Disyorkan