Aisar Khaledd akhirnya menyesal mandi guna ‘babi air’ demi nak buat content
  • 3 tahun lalu
TIndakan melulu menghasilkan kandungan video demi meraih populariti akhirnya memakan diri selebriti media sosial Aisar Khaledd.

Kata Aisar, perbuatannya membazirkan 1,000 Kool Fever semata-mata melakukan challenge dan konten di YouTube sewajarnya dikecam netizen.

“Saya mohon maaf, waktu buat tu memang tak fikir panjang.

“Tapi selepas video itu dimuat naik, baru saya terbaca tentang kesusahan seorang wanita… masa tu saya rasa bersalah gila!” katanya kepada mStar.
Disyorkan