Joe Flizzow bawa jalan-jalan dalam home studio, siap ada pool table buat hilang stress
  • 3 tahun lalu
PENYANYI Joe Flizzow meluahkan rasa syukur apabila lagu terbaharunya gandingan bersama MK dan Jay Park mendapat sambutan pendengar.

Ujar Joe, dia gembira kerana selain lagu CIAO berjaya trending di YouTube dan namanya trending di Twitter, ia membuktikan peminat masih menyokong industri muzik Malaysia.

“Saya sangat gembira di Twitter nama saya trending nombor satu, ini menunjukkan bahawa industri muzik tempatan masih meriah dan peminat masih setia memberi sokongan kepada artis-artis tanah air.

“Saya rasa bertuah sebab masih dapat membuat benda yang saya suka, iaitu berkarya dan terus menghiburkan orang di luar sana dan saya sendiri ingin meletakkan Malaysia di mata dunia,” katanya kepada mStar.
Disyorkan