Pilihan raya boleh diadakan ketika darurat - Aziz Bari
  • 3 years ago
Proklamasi darurat tidak boleh dijadikan alasan untuk menangguhkan pilihan raya kerana beberapa siri pilihan raya di negara ini pernah dilaksanakan ketika darurat.

Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata, jika diimbau Pilihan Raya Umum (PRU) pertama negara pada tahun 1955 diadakan sewaktu darurat apabila tempoh darurat yang diisytiharkan itu antara tahun 1948 sehingga 1960.

Menurutnya, begitu juga PRU kedua yang turut diadakan ketika darurat pada tahun 1959 dan ini membuktikan bahawa darurat bukan halangan untuk diadakan pilihan raya.

Beliau berkata demikian menerusi sesi Facebook Live, semalam.


Sumber video: https://www.facebook.com/DrAzizBari/videos/3386265874933157
Recommended