Dewan Perwakilan AS teruskan pendakwaan jika Trump tidak disingkirkan

  • 3 years ago
Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi menegaskan akan meneruskan usaha menyingkirkan Presiden AS, Donald Trump daripada jawatannya.

Penyingkiran pada beberapa hari terakhir pentadbiran Trump itu berikutan tindakan ganas sejumlah penyokongnya yang menyerang Capitol AS.

Pelosi yang juga ahli Kongres Demokrat kanan, berkata satu usul mengikut pindaan ke-25 dalam Perlembagaan AS akan dibuat di Dewan Perwakilan hari ini, bagi menggesa Kabinet menyingkirkan Trump kerana tidak layak untuk memegang jawatan itu.

Laporan oleh Reuters.

Recommended