Cinta terlarang isteri kesepian⁣

  • 3 tahun lalu
ISTANA yang dibina lebih 10 tahun bakal runtuh gara-gara isteri menemui cinta baharu dengan rakan sekerja yang lebih mengambil berat dan sangat prihatin dengan dirinya.⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
Si isteri dalam keadaan tertekan. Jika setia dengan suami, lelaki yang pernah berikrar sehidup mati dengannya gagal menjalankan tugas sebagai ketua keluarga dengan baik.⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
Adakah si isteri bersalah dalam soal ini? Perlukah dia berterus-terang untuk 'dilepaskan' atau si isteri perlu terus bersama cinta terlarangnya?⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
Mengupas mengenai dilema tersebut, Pakar Motivasi dan Kaunseling Keluarga terkemuka, Haji Hushim Salleh membantu merungkai permasalahan itu menerusi Soal Jawab Netizen, Edisi Rahsia Rumah Tangga minggu ini.⁣⁣⁣

Penerbit: Arziana Mohmad Azaman⁣
Penyunting: Mazlina Abdul Majid⁣
Penerbit video: Khafiz Yunus⁣
Video: Pexels, Pixabay & Unsplash⁣
Muzik: Artlist⁣
⁣⁣⁣
#soaljawabnetizan #edisirahsiarumahtangga #lifestylesinarharian #sinarplus #sinarharian