Search
Library
Log in
Watch fullscreen
4 months ago|0 views

Rokok seludup RM2.4 juta dirampas [METROTV]

Morning Breaking News
Morning Breaking News
Rokok seludup RM2.4 juta dirampas [METROTV]..

   Kuala Terengganu: Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga merampas sebanyak 17,000 karton rokok seludup bernilai RM2.4 juta dalam Ops Benteng Covid-19, hari ini.  Timbalan Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Superintendan Mohd Razlan Abdul Manaf berkata, rampasan hasil maklumat orang ramai itu dilakukan selepas pegawai dan anggotanya terserempak dengan sebuah lori ketika melakukan rondaan di Jalan Kampung Tepuh-Batu Rakit, pada 8.15 pagi ini.  Menurutnya, pemandu lori berusia dalam lingkungan 30-an warga tempatan itu cuba memecut kenderaan yang sarat dengan muatan selepas pegawai dan anggota PPM memperkenalkan diri dan mengarahnya berhenti.    "Keengganan pemandu lori memberhentikan kenderaan dipandunya menyebabkan pasukannya terpaksa mengejarnya kira-kira setengah jam sejauh kira-kira 30 kilometer.  "Apabila tiba di kawasan lampu isyarat Jalan Kampung Tepoh, pemandu lori itu secara tiba-tiba membelok ke arah Jalan Tepoh ke Batu Rakit, " katanya ketika sidang media di pekara ...